Tuesday 23 September 2014

Honey Cinnamon





Khasiat :
Memudahkan penghadaman, membantu untuk mencegah angin dalam sistem usus. Honey Cinnamon juga membekalkan tenaga, menjadikan anda lebih mental berwaspada dan bersedia untuk aktiviti fizikal.Dua penyumbang terbesar tuntutan untuk Honey Cinamon adalah  ia meningkatkan keupayaan untuk menurunkan berat badan, dan  sangat  berkesan terhadap sesetengah jenis kanser.
Minuman ini juga menguatkan sistem imun, membantu melegakan selsema serta sesetengah virus. Masukkan Honey Cinnamon ke dalam mulut serta gusi yang dijangkiti boleh melegakan kesakitan dan pendarahan serta memperlahankan perkembangan jangkitan
Minum Honey Cinnamon dalam air suam akan menggerak melalui pundi kencing akan membersihkan jangkitan di sana. Minum  Cinnamon Honey secara tetap juga dapat melegakan, dan dalam beberapa kes sepenuhnya menyembuhkan, sakit artritis
Madu dan Kulit kayu manis memiliki sifat anti-bakteria semulajadi. Honey Cinnamon yang dituang pada luka dan kesan terbakar menghalang jangkitan dan menggalakkan penyembuhan. Pengambilan kerap Honey Cinnamon adalah keseluruhan diet yang sihat dan tahap aktiviti yang sederhana, boleh mencegah penyakit jantung dengan membersihkan arteri tersumbat.
Isi Kandungan :
Madu Asli, Ekstrak Cinnamon

MASIH MENCARI SUSU UNTUK SI MANJA :)

MASIH MENCARI PRODUK SUSU UNTUK SI MANJA ANDA?

INGIN YANG BERKHASIAT DAN DIJAMIN HALAL.

Khasiat :

Susu Penuh Krim Halib’s dirumus khas dengan kebaikan AHA dan DHA yang berfungsi untuk membantu mengoptimumkan fungsi otak, mata dan sistem saraf. Dengan kebaikan Kurma, Kismis, dan Kalsium bersumberkan rumpai laut, Susu Halib’s sesuai dan pilihan yang tepat untuk kegunaan seiisi keluarga.

Isi Kandungan :

Susu Penuh Krim, Kalsium, DHA, AHA, L-lysine, Kurma dan Kismis

Berat : 500 gram





Monday 22 September 2014

ADAM PLUS



Khasiat :

Melancarkan perjalanan darah, memperbaiki usus, dan sistem usus serta menambahbaik organ-organ di dalam tubuh badan bagi memaksimakan kesihatan tubuh badan serta menyumbangkan keadaan yang sentiasa bertenaga.

Isi Kandungan :

Madu, Saffron, Manna, Bijan, Biji Sawi, Remunggai, Tongkat Ali, Tunjuk Langit, Mas Cotek, Tribulus, Aswaghanda dan Mahkota Dewa

Berat : 15 sachet x 20 gram


MADU
Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh: 

Melegakan sakit tekak dan batuk 
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan. 

Merawat luka dan cedera ringan 
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan. 
Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan. 

Baik untuk sistem pencernaan badan 
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu. 

Menjadikan kulit lebih cantik 
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala. 

Kegunaan lain 
Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi. 
Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat. 

Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam 
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68) Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit. 
“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. 
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”. 
Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain. 
Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT. 
Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya. 
Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut. 
Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi. 
Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit. 
Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.



SAFFRON
saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bAntara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative).

MANNA

Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

BIJI SAWI

01. Memanaskan tubuh badan.
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut.
03. Mengeluarkan cacing daripada perut.
04. Mengelakkan bengkak limpa.
05. Mengikis kudis bernanah.
06. Meransang nafsu syahwat.
07. Mengelakkan sesak nafas.
08. Menambah selera makan.
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa.
10. Membersihkan paru-paru.
11. Melancarkan pengaliran darah haid.
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat.
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha.
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat.
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak.
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa.
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh.

Tongkat Ali 

Tongkat Ali memiliki keupayaan untuk menghalang dan mengawal penyakit am termasuk yang memudaratkan kesihatan bagi memperoleh keupayaan awet muda, bertenaga dan bersemangat biarpun dimamah usia. Setakat ini, kebaikan yang ditemui dalam akar mujarab ini hanyalah satu permulaan dalam dunia sains moden. Pelbagai kajian dan penyelidikan masih dijalankan oleh beberapa buah badan dan organisasi. Tongkat Ali menawarkan keseimbangan holistik dan meningkatkan semua aspek kehidupan sambil menikmati tahap kesihatan yang lebih menyegarkan. 

Sejak beberapa tahun lagi, penilaian farmakologi ke atas pelbagai kompaun yang diekstrak daripada tumbuhan ini menunjukkan bahawa Tongkat Ali mempunyai keupayaan antimalaria, antiulser, antihipertensi, antitumor, antiparasitik dan antipiretik. Ia didapati mengurangkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis dan merawat rinitis, lelah dan sakit perut.

Mas cotek

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala(migraine) dan angin ahmar.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seksbagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untukmeningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
 1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untukmengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
1.     Mengeluarkan toksin dalam badan
2.     Melancarkan perjalanan darah
3.     Sakit urat saraf
4.     Gout
5.     Kencing manis
6.     Darah tinggi
7.     Membuang kolestrol dan lemak
8.     Buasir
9.     Migraine /sakit kepala
10.   Paru-paru berair
11.   Pemulih tenaga batin
12.   Sakit puan
13.   Senggugut
14.   Sakit pinggang
15.   Keletihan
16.   Masalah tidur
17.   Rangsangan hormon lelaki
18.   Mengecutkan rahim peranakan
19.   Merapatkan pintu rahim
20.   Sakit lutut
21.   Mencantikkan dan melicinkan kulit
         22.   Demam/ Selesema    
Tribulus Terrestris

Tribulus Terrestris merupakan sejenis tumbuhan berbunga di dalam keluarga Zygophllaceace, HerbaTribulus ini tumbuh pada suhu panas iaitu kawasan tropika Old World di selatan Eropah, Selatan Asia, merangkumi Afrika dan diutara Australia.

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama digunakan di seluruh dunia untuk mengubati pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Dalam sejarah Greek, tribulus digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. 

Ashwagandha
 dianggap sebagai adaptogen (sejenis herba berkata untuk menguatkan ketahanan anda terhadap tekanan pada masa yang sama meningkatkan tenaga anda). Sering digunakan untuk meningkatkan sistem imun selepas penyakit, Ashwagandha juga termasuk di dalam formulasi yang bertujuan untuk merawat keadaan-keadaan ini:

rheumatoid arthritis
kesakitan
keletihan
gangguan gastrousus
jangkitan kulit
epilepsi


Manfaat Ashwagandha 

Penyelidikan pada Ashwagandha adalah terhad, tetapi beberapa kajian telah menunjukkan bahawa herba boleh menjadi berguna dalam menangani masalah kesihatan berikut:

1) Osteoartritis

Bagi kajian 2008, saintis menguji kesan Ashwagandha pada rawan manusia dan mendapati bahawa herba boleh membantu melindungi daripada radang dan kerosakan rawan yang dikaitkan dengan osteoartritis.

2) Kebimbangan

Dalam kajian yang berasaskan haiwan yang diterbitkan pada tahun 2000, penyelidik mendapati bahawa Ashwagandha mempunyai kesan anti-kebimbangan yang serupa dengan lorazepam (ubat yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan). Herba ini juga muncul untuk meredakan kemurungan.


3) Kencing Manis Tahap 2

Ashwagandha boleh membantu menormalkan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin, mengikut permulaan, penyelidikan berasaskan haiwan diterbitkan pada tahun 2008.

4) Kanser

Dalam kajian 2003, ujian ke atas talian sel manusia tumor mendedahkan bahawa Ashwagandha boleh memperlahankan pertumbuhan kanser paru-paru, payudara, dan sel-sel kanser kolon.

Diterbitkan pada tahun 2007, satu lagi kajian ke atas sel-sel manusia menunjukkan bahawa Ashwagandha boleh menghalang pertumbuhan tumor tanpa merosakkan sel-sel normal.


Bagaimana untuk Gunakan Ashwagandha?

Ashwagandha boleh didapati dalam bentuk kapsul, serbuk, dan tinctures, semua yang boleh ditemui dalam cerita-makanan kesihatan dan farmasi yang khusus dalam ubat semula jadi. Herba ini juga biasa yang diketengahkan di dalam formula adaptogen, yang mungkin mengandungi herba seperti ginseng dan rhodiola.

Apakah Ashwagandha Selamat?

Walaupun Ashwagandha amnya dianggap selamat, herba ini boleh menyebabkan keguguran apabila diambil dalam dos yang sangat besar. Oleh itu, wanita mengandung perlu mengelakkan penggunaan Ashwagandha.

Ashwagandha juga boleh meningkatkan potensi barbiturat (kelas ubat-ubatan yang menekan sistem saraf pusat).

Friday 19 September 2014

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Monday 8 September 2014

APA ITU FITRAH?

FITRAH, watak dan bakat adalah tiga perkara yang berbeza. Walaupun semuanya sama-sama merupakan sifat batiniah insan, namun ada perbezaan yang jelas di antara ketiga-tiganya. Kita perlu mengetahui akan pengertian dan fungsi tiap-tiap satunya, supaya kita dapat melatih dan menggunakannya tepat dengan kehendak ALLAH. Dengan izin dan pengajaran dari ALLAH, saya akan cuba mengupas ketiga-tiga perkara ini dengan jelas, insya-ALLAH.

A. FITRAH
Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.

Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.

Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkannya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan.Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan.

Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. ALLAH SWI` berfirman:

Terjemahannya: " Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "(Ar Rum: 30 )

Berdasarkan contoh-contoh sifat semulajadi yang ada pada manusia itu, kita dapat membahagikan fitrah kepada dua bentuk iaitu:
i. Positif (sifat-sifat baik)
ii. Negatif (sifat-sifat jahat)

ALLAH SWT menentukan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sifat semulajadi yang baik dan yang buruk.
Hal ini adalah untuk menguji manusia, siapakah yang baik dan siapa pula yang tidak. ALLAH berfirman:
Terjemahannya: " Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan dan jalan kejahatan)." (Al Balad: 10)
Firman-Nya lagi:
Terjemahannya: " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorinya. "(Asy Syams: 9 - 10)

Antara sifat-sifat jiwa yang positif ialah :
1. Rasa terhutang budi atau ingin membalas budi dan berterima kasih pada orang yang berjasa.
2. Simpati atau belas kasihan kepada orang susah dan teraniaya.
3. Rasa cinta kebaikan dan kebenaran.
4. Rasa bertuhan yakni mahu menyembah Tuhan, memohon pertolongan dan mengingatinya diwaktu susah.
5. Rasa malu dengan perkara-perkara yang aib.
6. Rasa ingin membela atau menolong pihak yang benar.
7. Rasa bersalah bila terbuat kejahatan.

Antara sifat-sifat jiwa yang negatif ialah :
1. Rasa megah atau sombong dengan kejayaan dan keistimewaan.
2. Rasa marah terhadap orang yang menyusahkan atau menghina.
3. Rasa dendam terhadap orang yang buat jahat pada kita.
4. Rasa takut.
5. Dengki dengan kelebihan orang lain dan gembira dengan kegagalan mereka.
6. Tamak dengan dunia; tidak pernah cukup atau tidak puas.
7. Ingin lebih, ingin dipuji.
8. Rasa rendah diri dengan kekurangan diri.
9. Benci dengan makhluk yang hina dan lemah.

Sifat-sifat yang positif yang ALLAH bekalkan pada manusia itu, ALLAH perintahkan agar ia disuburkan, dididik dan diamalkan dalam kehidupan. Untuk itu ALLAH gariskan panduan syariat tentang bagaimana sifat-sifat yang baik itu boleh disuburkan dan dijadikan akhlak diri dan sikap hidup.

Sebaliknya terhadap sifat-sifat yang negatif ALLAH perintahkan ianya dikikis dari jiwa dan tidak diamalkan dalam kehidupan. ALLAH juga menunjukkan cara bagaimana mujahadah membuangnya boleh dilakukan.